01 March 2009

RENAULT MEGANE R26 F1 TEAM - ‘berkuasa raksasa’


“KERETA Ini berkuasa raksasa!'' kata seorang teman yang duduk di sebelah semasa dibawa menaiki Renault Megane R26. Dengan kuasa terjahan yang tinggi dan penukaran gear tanpa terhinggut-hinggut, memastikan kereta meluncur penuh bertenaga.
Di Malaysia, ramai yang mungkin tidak mengenali dengan mesra kereta-kereta sports buatan Perancis berbanding kereta buatan Jerman dan Itali. Atas faktor ini, penyertaan Renault dalam sukan lumba kereta Formula 1 dan seterusnya muncul juara dunia pada 2006, banyak membuka mata orang ramai mengenai syarikat kereta Perancis ini.
Generasi baru mungkin terhad pengetahuan mereka terhadap model-model yang disajikan selain Renault Kangoo yang dipasang tempatan (CKD) dan kenderaan pelbagai guna, Grand Scenic.
TC Euro Cars, selaku pengimport dan pemegang francais Renault di Malaysia berhasrat merubah persepsi tersebut dan membawa masuk lima model iaitu Clio, Clio RS, Megane R26, Megane Coupe-Cabriolet dan Grand Espace. Kita mulakan dengan yang terhebat dan ‘berkuasa bak raksasa’ antara semua - Megane R26.
Model ini yang juga dikenali sebagai F1 Team R26 dibangunkan khas sebagai mengingati pencapaian kali kedua Renault dalam kategori Pembina Kereta Kejuaraan Dunia F1 pada 2006.
Kereta ini juga disifatkan sebagai kereta khusus. Bermakna ia bukan untuk kegunaan sesiapa sahaja sewenang-wenangnya. Ia adalah sebuah kereta sports dan jangan harap anda akan melihat seorang warga emas memandunya ke kedai mamak berhampiran. Tak sesuai.




Daripada segi dalaman, reka bentuk panel pemukanya adalah mudah, kontemporari dan sporty dengan semua butang kawalan mudah dicapai oleh tangan kiri pemandu. Butangnya juga minimum, sekali gus tidak memeningkan kepala apabila hendak menukar saluran radio dengan butang pendingin hawa.


Stereng dan tombol gearnya pula dibalut dengan kulit berkualiti tinggi, di samping jahitan benang berwarna merah dan putih. Sama seperti varian Megane yang lain, model ini memaparkan brek tangan umpama gear pesawat.
Terdapat plak di atasnya yang tertera ayat : F1 World Championship, FIA 2005-2006, Megane F1 Team, dan nombor siri kereta itu yang dipegang oleh pemilik individu.



R26 diperkasa oleh enjin turbocaj 2.0 liter yang mampu menghamburkan kuasa 230 kuasa kuda pada 5,500 revolusi per minit (rpm) dan paling menggiurkan, kuasa terjahannya ialah 310 Newton meter yang hanya memerlukan 3,000 rpm.
Bayangkan kekuatan sedemikian bila dikira dengan nisbah berat keseluruhannya pada 1,345 kilogram. Inilah yang dimaksudkan ‘kuasa bak raksasa’ oleh teman di atas.
Menurut Renault, kereta ini yang menggunakan transmisi gear manual 6-kelajuan berkeupayaan mencapai kelajuan 100 km/j dalam tempoh 6.5 saat. Tanpa memiliki alat pengukur pun, penulis yakin kelajuan yang mencecah 200 km/j dalam kurang satu km, menepati pernyataan Renault tersebut. Jelas R26 ini bersaing secara langsung dengan Volkswagen Golf GTI.
Tatkala enjin yang ditala mengikut spesifikasi F1 memberi kuasa dan terjahan yang lebih, chasis Cup telah diberi penekanan lagi bagi memberi pengendalian dan ketelitian pemanduan yang kemas.


Kerusinya pula adalah rekaan Recaro yang disarung kulit, bukan sahaja selesa tetapi memberi ‘dakapan’ yang diperlukan terutama semasa mengambil selekoh tajam pada kelajuan tinggi.
Terdapat dua tempat duduk di belakang, yang sebenarnya masih mampu membawa dua orang dewasa. Walaupun R26 bukan dibina untuk tujuan membawa penumpang, tetapi ia sudah cukup memberi markah tambahan.


Daripada segi luaran, satu-satunya aspek yang agak luar biasa dan pasti menarik perhatian umum ialah bahagian belakangnya yang berbonjol. Ini direka khas oleh jurutera automotif Renault yang mengambil kira aspek aerodinamik kereta ini, sesuai dengan statusnya sebagai supercar.
Pada bamper depan di sebelah kiri dan belakang serta bumbung, terdapat pelekat berwarna hitam-putih iaitu simbol bendera penamat F1. Pada fender, terdapat plak Renault F1. Ini menjelmakan inspirasi F1 yang tinggi pada R26.
Chasis Cup tersebut menggunakan bahan mengurangkan gegaran yang khusus dan 10 peratus lebih kukuh untuk spring depan manakala pengurang gegaran belakang juga telah ditingkatkan dengan mengurangkan saiz ‘bump stops’ sebanyak 20 milimeter bagi mengoptimumkan pengendalian pada permukaan kasar.
Dinamik pemanduan itu banyak disumbangkan oleh aplikasi limited-slip differential (LSD) yang ada padanya. Ia membolehkan kuasa enjin disalurkan ke setiap rodanya dengan lebih konsisten dan memberikan lebih kuasa cengkaman pada roda hadapan.
Selain itu, LSD berfungsi meningkatkan tahap kestabilan ketika membrek secara keras demi memenuhi ekspektasi tinggi setiap pemandunya.
Jentera itu dapat diperlahan atau berhentikan dengan cemerlang. Terima kasih kepada sistem brek cakera dengan empat pot caliper berjenama Brembo pada roda hadapannya.
Megane R26 ini ditawarkan dengan empat warna pilihan iaitu hitam, kuning, putih dan biru, pada harga RM229,988 seunit (tanpa insurans).



© UTUSAN MELAYU (M) BERHAD, 46M, Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur.

8 comments:

Khan said...

Harga so mahal..hampeh!

First construction win in 2005 btw. In the 90s renault did very well too.

utusanlfc (Johardy Ibrahim) said...

This version is specisifically built to commemorate the 2006 win ONLY.

Khan said...

Looks like it as the name goes.I was just referring to this line: Atas faktor ini, penyertaan Renault dalam sukan lumba kereta Formula 1 dan seterusnya muncul juara dunia pada 2006, banyak membuka mata orang ramai mengenai syarikat kereta Perancis ini.

Khan said...

Wiki: Their first championship as a constructor was achieved in 2005; the same year that they won their first drivers' championship with former test driver, Fernando Alonso, repeating that feat in 2006.

... As well as their championship wins in 2005 and 2006, Renault also contributed to 5 driver's world championships (1992, 1993, 1995, 1996, 1997) and 6 constructor's world championships (1992, 1993, 1994, 1995, 1996, 1997) as engine supplier for Benetton and Williams.

utusanlfc (Johardy Ibrahim) said...

Wow how interesting that you look up in wikipedia to justify your argument.

As you can see my line : penyertaan Renault dalam sukan lumba kereta Formula 1 dan seterusnya muncul juara dunia pada 2006, banyak membuka mata orang ramai mengenai syarikat kereta Perancis ini.

- refers to the Malaysian market. For the cars enthusiasts - yes they might know everything about this brand. However, Malaysian at large are not. What they see is what they know. I can bet you that Peugeot has more standing among Malaysians rather than Renault, prior to the F1. I can bet you that majority of Malaysians can only relate to Renault Kangoo which is suitable only for commercial usage, thus discourage the customer at large. Now with the introduction of the new 5 models within the Renault range, I'm sure the perception and reputation of Renault would change for the better.

Since you pick my sentences out of context, I am obligated to clarify it for you. It was written in Bahasa Malaysia, printed in Utusan Malaysia and concerns ONLY the Malaysian market.

I definitely required to do some background check on the history and comparison when doing the reviews. Of course, I know of that previous wins in F1. But here, R26 is born after the 2006 win because there are some DNA of the F1 engine and technology driven by Mr Fernando Alonso that were incorporated in the R26. But prior to 2006, Renault brand in Malaysia is Kangoo. Go check what is Kangoo.

Khan said...

So this would not be better?
...penyertaan Renault dalam sukan lumba kereta Formula 1 dan seterusnya muncul juara dunia pada 2005, banyak membuka mata orang ramai mengenai syarikat kereta Perancis ini.

Joe Radzif said...

2nd hand value jatuh tak?

Anonymous said...

tergodanya aku melihat kereta ni....mampukah aku memilikinya...

EVA MENDEZ IS A KOP?

EVA MENDEZ IS A KOP?

The GOLDEN Team of Kenny Daglish

The GOLDEN Team of Kenny Daglish
If we have them now, say farewell to Arsenal, Man.U and Chelsea... if...