25 March 2009

PROTON EXORA : MY REVIEW IN UTUSAN M'SIA

This is my 2nd article on Proton Exora published on 21 march 2009



This is not an ancient photo. This was taken during our test-drive on 12 March 2009. I deliberately reformat the photo because I still shy to show my face. hihihihihihi......


Proton Exora
Menanti 14 April


TERNYATA tarikan dan minat orang ramai terhadap kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora bukan sembarangan. Setelah ulasan pertama tersiar dalam Mingguan Malaysia pada 15 Mac lalu, penulis menerima banyak pertanyaan.

Harus diingatkan lagi bahawa uji-pandu wartawan minggu lepas tertakluk kepada perjanjian dengan Proton Berhad yang mensyaratkan tiada penyiaran gambar penuh Exora, sehingga hari pelancaran rasminya pada 14 April depan.

Gambar yang dibenarkan pun hanya sekerat dan yang lain-lain adalah gambar yang diguna oleh Proton dalam pengiklanannya. Namun, tentu ramai yang sudah melihat rupa sempurna Exora yang disiarkan di muka depan Utusan Malaysia pada 28 Januari lalu.

Justeru menyaksikan lebih 1,000 tempahan telah diterima oleh Proton di seluruh negara - yang dibuat oleh orang ramai tanpa melihat, menyentuh apalagi memandu ujinya. Inilah cinta sejati kepada produk nasional.

Dalam artikel Mingguan Malaysia tempoh hari, penulis hanya menyentuh tiga aspek yang menjadi persoalan penting di kepala orang ramai. Prestasi enjin, keluasan kabin dan sistem gantungan (suspension).

Daripada sudut dimensi, Exora adalah lebih panjang dan lebar berbanding Toyota Innova iaitu panjang Exora 4,592 mm manakala Innova 4,580 mm dan lebar Exora 1,809 mm berbanding Innova 1,770 mm.

Dalam konteks ini, ramai yang masih bertanya mengenai rupa sebenar Exora. Apakah ia menyerupai Toyota Wish atau Mitsubishi Grandis? Jawapannya ialah bentuk MPV menyebabkan Exora tidak boleh lari jauh daripada MPV-MPV lain. Beza ketara ialah reka bentuk lampu depannya. Ia berbonjol mirip lampu Honda Accord generasi ke-8. Mudahnya dipanggil 'mata timbul'. Dan atur letak lampu belakangnya juga menarik, malah menyamai Grandis kerana ia tersusun hingga ke paras bumbung.

Atas faktor saiz dan reka bentuknya yang besar jugalah, ia memberi jaminan ruang dalaman kabin yang memuaskan. Inilah yang dimaksudkan bila kumpulan wartawan yang tinggi antara 5 kaki 7 dan lebih 6 kaki, serta ada yang berbadan besar bulat masih mampu menikmati keselesaan di barisan kerusi ketiga.

Semasa duduk di kerusi penumpang depan, penulis dapat menghayati lebih lama dan tekun reka bentuk panel pemukanya. Menurut rakan penulis, terdapat tiga benda sahaja yang 'diwarisi' dari model Proton lain iaitu butang kawalan disusun lurus dan butang pusing kawalan pendingin hawa diambil dari Waja, meter binnacle dari Saga dan kotak jam dari Persona.

Elemen baru di sini termasuk panel meter bercahaya (seperti paparan Optitron pada kereta Toyota) sistem audionya menggunakan jenama Clarion yang memiliki ciri terkini yang perlu ada pada sebuah radio.

Ia boleh memainkan sekeping cakera padat dan bagi varian Hi-Line, ia boleh memainkan DVD dengan skrin DVD di belakang bumbung pemandu. Radionya mempunyai pelbagai format, USB, SD, MMC dan boleh menerima panggilan secara Bluetooth.

Bagi varian Hi-Line juga, selain pemain DVD tersebut, pembeli juga akan menikmati kerusi bersarung kulit, tempat rehat tangan pada pemandu dan juga tempat rehat kepala pada baris ketiga.

Proton juga memperkenalkan sistem baru yang digelar Modul Kawalan Badan iaitu sekumpulan fungsi mikro yang meningkatkan keselamatan dan keselesaan.

Antara ciri unik ialah lampu kecemasan yang akan bernyala bila anda membrek cemas, pintu akan secara automatik melepaskan kunci semasa berlaku pelanggaran, masuk tanpa menggunakan kunci dan lain-lain.

Kerangka badannya pula adalah susulan daripada teknologi badan Savvy yang dibina kukuh tetapi untuk Exora ia dibina lebih besar dan teguh bagi menepati ciri-ciri sebuah MPV.

Mengenai keupayaan enjin 1.6 Campro CPS, mengikut statistik enjin ini mampu menjana kuasa 125 kuasa kuda dengan kuasa terjahan 150 Nm serta diperkasa oleh transmisi automatik Mitsubishi 4 kelajuan atau manual 5 kelajuan.

Pandu-uji dengan muatan tujuh orang minggu lalu, telah membuktikan enjin tidak berdepan banyak masalah untuk mendaki Genting Sempah, apalagi meluncur di Lebuh raya Pantai Timur dari Shah Alam menuju ke Lanchang, Pahang.

Pendakian lebih lancar menggunakan transmisi manual dan mungkin transmisi automatik ada sedikit berat, tetapi ia tidak bermakna Exora ini akan mati enjin di tengah-tengah jalan bukit!.

Tangki penuh Proton Exora ialah 55 liter. Untuk sebuah MPV 1.6 liter, secara matematiknya ia menawarkan kadar penggunaan bahan api yang munasabah terutama bagi perjalanan dalam bandar.

Exora akan ditawarkan dalam pilihan enam warna dan dua varian iaitu Hi-Line (dijangka sekitar RM75,000) dan M-Line (sekitar RM71,000). Harga yang munasabah sebegini dan spesifikasi Exora yang berkualiti serta menepati ciri-ciri sebuah MPV sebenar, pasti menjadikannya satu lagi produk laris Proton, selepas Persona. Bagaimana kalau Proton membina trak pikap pula selepas ini?


© UTUSAN MELAYU (M) BERHAD, 46M, Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur

No comments:

EVA MENDEZ IS A KOP?

EVA MENDEZ IS A KOP?

The GOLDEN Team of Kenny Daglish

The GOLDEN Team of Kenny Daglish
If we have them now, say farewell to Arsenal, Man.U and Chelsea... if...