21 June 2011

Kisah benar Nang Nak di Kulim



Oleh Johardy Ibrahim
Published 19 June 2011 Mingguan Malaysia




PADA sekitar 1950-an, Ismail Omar atau dikenali sebagai Pak Meh atau Meh Pok merupakan anggota polis dalam PVR atau Sukarelawan Polis di daerah Kulim, Kedah. PVR walaupun ‘sukarela’ pada era sebelum dan be berapa tahun selepas Merdeka, ada yang menjawat jawatan itu secara tetap dan fungsi PVR wujud hingga ke hari ini. Pak Meh menjalankan tugas seperti polis biasa, lengkap dengan balai, kuasa menangkap dan sebagainya.
Tugasnya membawa beliau ke segenap penjuru daerah Kulim dan pada 1950-an, ia adalah pekan kecil dengan penduduknya tinggal di kawasan berjarak jauh antara satu dengan yang lain. Satu hari, Pak Meh menerima aduan daripada seorang lelaki bernama Mat (bukan nama sebenar) yang melaporkan kematian seorang lagi anaknya setelah kematian dua anaknya dua tahun berturut-turut sebelum ini.
Lazimnya, laporan kematian pada era pra-Kemerdekaan di kampung-kampung akan diterima, dicatat dan dikeluarkan sijil pengesahan kematian, melainkan wujud elemen kesangsian yang tinggi dalam sesuatu laporan. Dalam kes Mat ini, Pak Meh mendapati wujud elemen tersebut. Tiga anak Mat mati setiap tahun berturut-turut. Kes itu dirujuk Pak Meh kepada OCPD Polis British yang menyokong cadangannya agar kes itu diselidik lebih lanjut. Apakah kematian mereka berkaitan wabak penyakit, binatang buas atau jena yah?
Pak Meh terpaksa meredah hutan untuk sampai ke rumah Mat, yang menunggu kedatangannya. Sepan jang masa di situ, isteri Mat langsung tidak kelihatan walaupun Mat mengakui dia ada di dalam. Tidak mengapa, segan atau masih sugul agaknya. Pak Meh walaupun berpegang pada prinsip kepolisan dalam mengumpul fakta, terdetik rasa ke anehan pada kawasan sekitar rumah Mat. Pak Meh memberitahu Mat yang dia akan kembali esok untuk meneruskan siasatan.
Pak Meh tidak memberitahu Mat bahawa dia membawa Pak Din yang memiliki pengetahuan mengenai alam jin. Di rumah Mat, Pak Meh meminta Mat memanggil isterinya tetapi dia enggan menunjukkan diri. Pak Din memberi isyarat pada Pak Meh supaya beredar. Tanpa pengetahuan Mat, Pak Din telah meninggalkan sebiji telur rebus dan limau purut di perkarangan rumah Mat. Esoknya, mereka kembali dan mendapati telur itu telah ‘dimakan’. Pak Din berkata memang ada ‘sesuatu’ di sini. Malah, Mat memberitahu Pak Meh anak ketiganya yang mati ada kesan luka di leher.
Ketika mereka bertiga berbual di bawah tangga (rumah orang Melayu tradisional), tidak semena-mena kelihatan tangan dari kawasan dapur keluar dan turun memungut sudu di atas tanah. Dan jarak antara aras lantai rumah dengan tanah adalah 1.524 meter. Kejadian itu dilihat oleh ketiga-tiga mereka. Dan bagaikan satu cahaya, Mat tersedar ba hawa orang yang disangka isterinya adalah satu jelmaan Iblis. Selama ini, Mat diperdaya mata oleh Iblis yang menjelma menjadi isterinya.
Siasatan rapi Pak Meh mendapati isteri Mat sebenarnya sudah mati tiga tahun lalu ketika melahirkan anak, dan sejak itu Iblis menjelma sebagai isteri Mat dan menjalani kehidupan seperti biasa tetapi jika tidak kerana kematian anak, kisah ini tidak akan diketahui.

Seram

‘Bapa saya cerita kisah ini masa saya kecil lagi, jadi bila saya tonton filem seram Nang Nak, terus saya teringat cerita bapa. Ini kisah benar!,” kata Yusoff semasa sesi teh tarik baru-baru ini. Mujur sesi tersebut berlangsung waktu sarapan. Jika tengah malam, Yusoff kena hantar saya balik sampai depan pagar rumah.
Nang Nak adalah filem hantu Siam yang diterbitkan pada 1999. Saya menontonnya hanya satu setengah kali pada tahun 2000. ‘Setengah’ kerana saya hentikannya separuh bila saya tersedar menonton Nang Nak seorang diri adalah keputusan tidak waras pada tengah malam. Lazimnya untuk menyiapkan artikel berkaitan filem atau selebriti, saya perlu menonton semula sesuatu filem sebagai kajian atau cergaskan kembali ingatan tetapi kerana Nang Nak, saya yakin saya masih ingat tahap seram maksimum yang dirasai. Tak berani pun ada juga.
Filem Nang Nak boleh disifatkan sebagai pencetus revolusi genre seram. Ia menggabungkan elemen romantik yang teguh yakni tebalnya kasih seorang isteri yang bila mati, menjelma semula untuk membaha giakan suaminya yang baru kembali dari medan perang. Moralnya: bagi yang bercinta, janganlah bersumpah setia sehidup semati. Nanti dua-dua mati, anak yang merana yatim pia tu. Atau lebih haru, yang mati men jelma kembali...
Elemen utama Nang Nak ialah adegan seram yang memaparkan puntianak bertenggek di bumbung kuil hinggakan sami-sami ketakutan. Adegan ini tidak mencetuskan keinginan untuk ketawa kepada penonton kerana sudut gambar dengan muzik latar bergema dengan bunyi kesan khas, membawa penonton bagaikan duduk bersama sami - ketakutan sambil mendongak ke bumbung melihat puntianak mahu menerkam.
Di akhir babak filem ini, pengarahnya Nonzee Nimibutr masih mampu menyelitkan unsur kesedi han walaupun beberapa minit sebelum itu, penonton menutup mata dengan tangan tiap kali hantu Nak muncul. Sami perlu memecahkan tempurung kepala Nak bagi memas tikan ia tidak dikuasai roh jahatnya. Setelah berjaya melemahkan hantu Nak dan sami bersedia untuk meng hapuskannya, tibalah babak sedih apabila Nak melahirkan rasa cinta nya pada suaminya Mak. Merayu-rayu. Merintih-rintih. Dan inilah resipi yang membawa kepada populariti filem Nang Nak dan legenda itu sendiri, hinggakan pada 2005, versi bahasa Inggeris Ghost of Mae Nak menyusul.
Seperti kisah Pak Meh di Kulim tersebut, filem Nang Nak adalah legenda rakyat yang popular di Thailand, disebut Mae Nak Phra Kha nong. Malah, terdapat satu kuil khusus untuk Nak di On Nut, Sukhumvit Soi 77 di daerah Suang Luang di Bangkok.
Terfikir juga, seandainya kisah di Kulim itu dijadikan filem oleh pengarah filem Malaysia, apakah ia men jadi sehebat Nang Nak Siam? Atau diolah men jadi satira seperti Hantu Kak Limah?

EVA MENDEZ IS A KOP?

EVA MENDEZ IS A KOP?

The GOLDEN Team of Kenny Daglish

The GOLDEN Team of Kenny Daglish
If we have them now, say farewell to Arsenal, Man.U and Chelsea... if...