26 December 2011

Tiada kelab penyokong rasmi LFC di Malaysia


24/12/2011
LIVERPOOL - Malaysia tidak memiliki kelab penyokong yang menjalin hubungan secara rasmi dengan kelab bola sepak Liverpool, menurut wakil kelab LFC berpusat di Singapura.
Pengurus Rakan Kongsi LFC, Stephanie Wong ketika ditemui Utusan Malaysia di pusat latihan LFC di Melwood berkata, beliau berperanan menyelia aktiviti LFC dengan pelbagai pihak di rantau Asia.
''Namun, LFC tidak menjalin hubungan rasmi dengan mana-mana kelab penyokong di Malaysia, walaupun pernah sebelum ini,'' katanya.
Keadaan tersebut ujarnya, tidak memberi masalah besar kerana LFC sememangnya mengetahui terdapat dua juta penyokong di Malaysia.
Kelab juga menawarkan keahlian rasmi LFC yang boleh dipohon secara dalam talian bagi peminat di Malaysia iaitu www.liverpoolfc.tv/membership

Selain menonton perlawanan, terdapat dua tarikan di Stadium Anfield tetapi perlu diadakan pada hari lain iaitu lawatan ke stadium iaitu meninjau secara dekat bilik persalinan pemain, bilik sidang akhbar pengurus dan dalam stadium yang mana anda boleh duduk di kerusi pemain.
Satu lagi ialah lawatan ke muzium yang terletak di sebelah kedai menjual barangan kelab. Muzium itu menempatkan replika lima Piala Juara-Juara Eropah, satu rekod yang tidak dapat disaingi oleh kelab Inggeris lain setakat ini.
Lawatan ke Melwood pula, agak sulit bagi penyokong umum kerana ia kawasan tertutup. Rombongan media diberi peluang menemubual Pepe Reina, selain menyaksikan sesi latihan dibawah kendalian Kenny Dalglish. Dan paling penting, bersua dengan Steven Gerrard yang berlatih ringan.
Satu sesi khas diadakan antara media dengan Dalglish dan seorang lagi pemain legenda, Phil Thompson diadakan di rumah agam, Knowsley Hall di Prescot milik keluarga Lord Derby.
Dalglish mengimbau semula kenangan manis memimpin skuadnya di Malaysia pada Julai lalu. Beliau tidak bersama ketika perlawanan persahabatan menentang pasukan kebangsaan Malaysia kerana menguruskan pembelian pemain Stephen Downing. Namun, semasa sesi memanaskan badan beliau kagum dengan kehadiran kira-kira 60,000 penyokong di Malaysia.
Sementara itu, Ketua Hal Ehwal Korporat Standard Chartered Bank bagi Malaysia, Norliza Kamaruddin yakin pengenalan produk-produk perbankan berkaitan Liverpool akan terus mendapat sambutan peminat kelab itu di Malaysia.
''Pengenalan kad debit Standard Chartered-Liverpool telah menerima sambutan yang memberangsangkan.

No comments:

EVA MENDEZ IS A KOP?

EVA MENDEZ IS A KOP?

The GOLDEN Team of Kenny Daglish

The GOLDEN Team of Kenny Daglish
If we have them now, say farewell to Arsenal, Man.U and Chelsea... if...