14 February 2009

GRAND VITARA : SUV IMPORT MAMPU DIMILIKI


KETIKA memperkenalkan varian terbaru Suzuki Grand Vitara, berita mengejutkan tapi menggembirakan daripada Suzuki Malaysia Automobiles ialah harganya hanya RM109,900 (tanpa insurans) atau RM113,900 dengan insurans. Ini penurunan kira-kira RM30,000 berbanding harga sebelum ini.

Tidak pula bermakna Grand Vitara ini sudah dipasang tempatan (CKD) yang menikmati kadar cukai lebih rendah atau suatu gimik untuk melupuskan stok lama. Sebaliknya ia adalah Grand Vitara yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun.

Perbezaannya ialah varian ini menggunakan pacuan dua roda atau 4x2, menjadikannya lebih murah berbanding varian yang memiliki sistem pacuan empat roda (4x4). Roda pacuannya hanya pada roda belakang dan sekali gus membezakan ia dari model lain seperti Hyundai Tucson 2WD yang menggunakan pacuan roda depan.

Syarikat-syarikat pengeluar kenderaan telah mengenal pasti kecenderungan pelanggan yang tidak semuanya memerlukan pacuan empat roda tetapi mahukan sebuah kenderaan utiliti sports (SUV) kerana rupa dan paras duduk yang tinggi, terutama SUV bersaiz sederhana. Sistem pacuan 4x2 menawarkan kelebihan daripada segi penjimatan berat, penggunaan minyak yang rendah dan tentunya, harga atas jalan yang lebih murah.

Model terbaru yang dipertingkatkan ini bukan sahaja mengalami beberapa perubahan luaran, malah beberapa ruang dalaman turut diberi nafas baru yang lebih bergaya.

Perubahan beberapa ciri luaran berjaya meningkatkan penampilan Grand Vitara di jalan raya, selain mengangkat reputasinya dalam segmen SUV.




Antara perubahan terbaru yang dijangka menarik perhatian adalah padanan dwi-warna, rekaan bamper hadapan bergaya, rim 17 inci dan brek cakera belakang.

Selain itu, ruang dalaman turut mengalami perubahan seperti paparan meter pelbagai fungsi, punat kawalan hawa dingin rekaan baru dan salutan fabrik terkini.

Enjin yang digunakan dalam varian ini ialah enjin DOHC J20A 4-silinder dengan kapasiti 1,994 c.c. yang menawarkan kuasa 138 kuasa kuda pada 5,900 revolusi per minit (rpm) dan kuasa terjahan (tork) 183 Newton meter pada 4,300rpm. Ia menggunakan transmisi automatik empat kelajuan.

Grand Vitara 2.0L ini tidak ubah seperti varian menggunakan 4x4 sepenuhnya. Cuma terdapat penambahbaikan dalam kabin seperti penggunaan warna hitam dan perak pada papan pemuka.

Secara umumnya, ia sama dengan varian 4x4 dari segi sistem audio yang boleh memainkan enam cakera padat dan keupayaan MP3/WMA serta butang kawalan pada roda stering.



Generasi ketiga Grand Vitara ini mempunyai badan monokoq ringan yang dibina unik, yang diistilahkan oleh Suzuki sebagai 'Kerangka Tangga Yang Dibina Dalam'. Pengukuhan strategik di dalam kerangka tersebut menambah baik keseluruhan kekuatan badan tanpa menambahkan berat. Ini mewujudkan kekuatan yang diperlukan semasa membelok serta menikmati sepenuhnya sistem gantungan bebas semua roda yang mengandungi strut MacPherson di depan dan sistem gantungan pelbagai-rangkaian di belakang.

Sistem breknya menggunakan cakera dengan teknologi standard ABS, EBD dan juga Bantuan Brek (BA). Terdapat juga dua beg udara di depan.


Suzuki Malaysia juga menawarkan dua pakej aksesori iaitu pertama, kerusi sarung kulit dan filem cermin gelap (RM5,000) manakala yang kedua ialah sistem navigasi carnavi bernilai RM6,888.00.

Terdapat lima warna yang ditawarkan iaitu Bluish Black Pearl, Graphite Grey, Pearl White, Silky Silver and Azure Grey.

© UTUSAN MELAYU (M) BERHAD, 46M, Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur

9 comments:

Joe Radzif said...

bro nih kira berpengetahuan luas gak dalam arena permotoran eh?
boleh la nanti jadik guest columnist kat akoo nye forum, http://protoncoupe.com/forum/index.php

utusanlfc (Johardy Ibrahim) said...

aiyaaa uncle Joe,

Kalau ada UTUSAN MALAYSIA hari Sabtu lepas, buka WOW (dulu dipanggil SIGAP). Haaa... itu gua punya ruangan tetap setiap Sabtu. Dan kau akan dapati nama kita ada dekat-dekat nak sama. Meet Uncle Joe? hahaha

kajang-today said...

why nama sigap ditukar? takde nilai komersil ke?

Joe Radzif said...

tu la pasal yob, akoo ada gi carik kat Utusan Online tadik...
sekali nama lebih kurang la plaks...
nama betul akoo Radzif sebenarnya
he he he...

utusanlfc (Johardy Ibrahim) said...

hahaha... kau yang MENYAMAR! aku tak! Dan Zaidi... cuba jangan guna nama sebenar aku kat blog ni... letih lah...

utusanlfc (Johardy Ibrahim) said...

ohhh lupa. Perihal penukarann nama SIGAP kepada WOW ialah sejajar dengan hasrat syarikat ini untuk membawa perubahan wajah dan corak persembahan. If you perasan, muka-muka depan dah tak lagi sukan tetapi hias-hias. Tapi motoring page aku tetap kat tengah. So SELAMAT!

Joe Radzif said...

akoo memang pakai nama komersil JoeHaN lepas tu tukar kepada uNCLe Joe... tak de la menyamar...

tapi kan bro...
masa 1st tengok pertukaran muka depan Utusan, rasa macam kurang ke depan plak.. rasa macam back to future plaks...

utusanlfc (Johardy Ibrahim) said...

takpa. ini sensasi baru. memang ada yang susah nak terima. ada juga yang kata suka. Tapi definisi wajah baru, ia hendaklah lari dari wajah lama. Dan pendekatan pun guna kaedah baru. Teruskan berlanggan, Insyallah... pembaharuan daripada segi penyampaian akan terus dijelmakan. Cuma hang jangan tanya aku pasal berita politik. AKU TAK TERLIBAT. Tu department lain. hahaha

Joe Radzif said...

ha ha ha....
tanya pasal kereta sudah...

in case of RM80k
what car should be perfect to buy?

EVA MENDEZ IS A KOP?

EVA MENDEZ IS A KOP?

The GOLDEN Team of Kenny Daglish

The GOLDEN Team of Kenny Daglish
If we have them now, say farewell to Arsenal, Man.U and Chelsea... if...