26 December 2011

Sinergi jitu Standard Chartered dan Liverpool FC


Published 24/12/2011



KENNY Dalglish (kanan) mengendali latihan para pemainnya di Melwood, Liverpool pada 8 Disember lalu.



LONDON - Kenapa Standard Chartered Bank memilih Liverpool, bukan kelab lain untuk ditaja? Kenapa Liverpool yang kali terakhir menjulang piala pada 2005 dalam perlawanan akhir Piala Juara-juara Eropah di Istanbul dan Piala FA Inggeris pada 2006 dipilih? Dan kali terakhir Liverpool memenangi Liga Inggeris ialah pada 1990.
Ketua Hal Ehwal Korporat Kumpulan, Gavin Laws yang merupakan orang yang bertanggungjawab membentangkan idea penajaan kelab bola sepak kepada Lembaga Pengarah bank itu kira-kira dua tahun lalu, ada jawapannya.

Pertama, bukannya bank tersebut tidak ada berunding dengan kelab-kelab lain tetapi saat awal rundingan dengan kelab Liverpool memaparkan persamaan pada matlamat dan wawasan bank. Ia adalah titik pertemuan yang tepat!
"Bank mahu mencari rakan kongsi yang boleh membantu menaikkan profil bank di pasaran yang dikenal pasti untuk pertumbuhan iaitu Asia, Afrika dan Asia Barat. Liverpool berminat dengan kami kerana ia juga mahu meluaskan jenama mereka di pasaran tersebut.
"Malah pada sesi-sesi rundingan awal, Liverpool langsung tidak menyentuh soal nilai penajaan. Sebaliknya, mereka berminat untuk mengetahui rancangan kami bersama kelab di negara-negara yang disasarkan," ujarnya.
Liverpool mahu membina pangkalan penyokong di Asia dan Afrika, dan pendekatan tersebut, menyakinkan Standard Chartered bahawa Liverpool berkongsi wawasan dengan bank itu yang tentunya akan menambah nilai kepada keseluruhan penajaan, melangkaui makna wang semata-mata.
Ditanya mengenai nilai sebenar penajaan, Laws enggan mendedahkannya, sekadar berkata, apa yang dilaporkan oleh media United Kingdom ketika itu, tidak tersasar jauh. Media UK melaporkan penajaan itu bernilai £80 juta (RM400 juta) selama empat tahun.
"Apa yang penting, pelaburan kami itu telah memberi pulangan yang di luar jangkaan," akuinya.
Daripada satu aspek, Laws berkata, bank itu sebenarnya mengamalkan audit yang ketat terhadap setiap pelaburan yang dilakukan, termasuklah dalam Liverpool ini.
Seperti organisasi bank global yang lain, Standard Chartered juga memiliki jawatankuasa khas di peringkat Lembaga Pengarah yang memastikan pelaburan benar-benar menguntungkan bank. Lembaga Pengarah dan pemegang saham bank setakat ini berpendirian pelaburan itu adalah 'cemerlang'.
"Benar Liverpool tidak memenangi kejuaraan dalam masa agak lama. Ia tidak menjadi isu kerana warisan dan sejarah kelab itu memastikan ia memiliki penyokong atau pengikut dalam bilangan yang besar di seluruh dunia. Dan istimewanya, tatkala Liverpool tidak menang apa-apa pun, penyokongnya tetap setia," katanya.
Ditanya sama ada penajaan bank itu akan meliputi penajaan pembinaan stadium yang baru, Laws berkata, kedua-dua pihak berpegang kepada 'perjanjian lelaki budiman'.
"Kita akan berbincang mengenainya hanya 'bila' dan 'ketika' Liverpool mahu kami berbincang. Setakat ini, tiada rundingan panjang lebar diadakan mengenainya, mahupun soal menamakan stadium kelak.
"Lagipun, untuk menamakan stadium dengan nama kami agak panjang," katanya secara berseloroh.
Beliau turut mengesahkan pihaknya akan membuka perbincangan bersama Liverpool mengenai melanjutkan lagi penajaan dalam tempoh 12 bulan akan datang. "Sudah tentu kami mahu bersama Liverpool untuk jangka masa panjang," katanya.


No comments:

EVA MENDEZ IS A KOP?

EVA MENDEZ IS A KOP?

The GOLDEN Team of Kenny Daglish

The GOLDEN Team of Kenny Daglish
If we have them now, say farewell to Arsenal, Man.U and Chelsea... if...