Published 24/12/2011
Oleh Johardy Ibrahim
LONDON – Standard Chartered Bank yakin penajaannya terhadap kelab bola sepak terkenal, Liverpool akan membantu pertumbuhan bank itu di pasaran-pasaran baru muncul di Asia, Afrika dan Asia Barat.
Pengerusinya, Sir John Peace berkata, kewujudan bank itu melebihi seabad di Asia dan Afrika terutamanya, menjadi bekalan kekuatan baginya untuk menghadapi suasana ketidaktentuan ekonomi global dan krisis hutang zon euro pada masa ini.
“Sebagai sebuah bank, kami melihat peluang-peluang perniagaan terhasil daripada ketidaktentuan ekonomi global. Memandang ke tahun depan, kami pasti dan secara strategik akan terus dan menjangka untuk mencatat pertumbuhan dalam pasaran-pasaran yang kami telah bertapak,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam taklimat kepada media yang menyertai lawatan anjuran bank itu ke ibu pejabat Standard Chartered di Basinghall Avenue, London, baru-baru ini.
Bank berpangkalan di London itu kini memberi tumpuan ke pasaran Asia, Asia Barat dan Afrika, yang menyumbang kepada lebih 90 peratus perolehan dan keuntungannya.
Sir Peace yang juga Sheriff of Nottingham berkata, keputusan bank itu untuk menaja sebuah kelab bola sepak kini memberi pulangan yang ‘di luar jangkaan’.
Standard Chartered memulakan penajaan strategik dengan Liverpool FC pada permulaan musim 2010-11 dalam usaha membina dan meneguhkan jenama bank, yang diharap dapat menarik lebih ramai pelanggan berurusniaga dengannya.
Menurut beliau, pemilihan kelab Liverpool adalah kerana keunikan yang dimilikinya sebagai kelab yang paling berjaya dalam sejarah bola sepak Inggeris dan memiliki peminat serta penyokong yang banyak di seluruh dunia.
Berdasarkan kajian kata beliau, sebanyak 4.4 bilion orang menonton liga bola sepak Inggeris dengan 70 peratus daripada di pasaran Asia, Afrika dan Asia Barat.
Kira-kira 52 peratus penduduk di China yang berusia antara 16 tahun dan 69 tahun meminati bola sepak, dan 55 peratus dalam kelompok usia yang sama di Malaysia menontonnya di televisyen manakala 70 peratus kelompok serupa di Thailand amat meminati bola sepak.
“Kajian kami juga mendapati kelab Liverpool memiliki penyokong yang besar iaitu 5 juta orang di Thailand dan 2 juta di Malaysia. Ia mendorong kami memperkenalkan produk-produk seperti kad kredit dan debit bersama Liverpool untuk pelanggan di negara tersebut.
Malahan ujarnya, siri lawatan Liverpool ke China, Malaysia dan Singapura pada Julai lalu, adalah satu kejayaan yang mengagumkan bagi bank itu dan juga Liverpool sendiri.
“Lebih 80,000 penyokong menonton perlawanan persahabatan antara Liverpool dengan pasukan kebangsaan Malaysia dan saya turut berada di Stadium Nasional ketika itu. Saya terpegun dengan sambutan di Malaysia,” katanya.
Berdasarkan Kaji Selidik Pemasaran Sukan pada tahun ini, kesedaran terhadap jenama Standard Chartered, kesan daripada penajaan Liverpool, meningkat sebanyak 9 peratus semasa permulaan musim, menjadi kepada 35 peratus pada Mei lalu.
Lebih 60 peratus responden merasakan lebih positif terhadap bank itu, hasil daripada penajaan tersebut, terutama di China, Indonesia dan Thailand.

© UTUSAN
MELAYU (M) BERHAD, 46M, Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment